AGP Picks
View all

Ahmad Tea dan Antoine Semenyo Sempurnakan Persediaan Pramusim Menerusi Sesi Merasa Teh Bersama Pakar

Antoine Semenyo for Ahmad Tea's Tea Tasting Masterclass

Antoine Semenyo for Ahmad Tea's Tea Tasting Masterclass

Antoine Semenyo Tea Tasting with Ahmad Tea

Antoine Semenyo during the Ahmad Tea Masterclass

Penyerang Manchester City dan Ghana Antoine Semenyo, sesi merasa teh bersama pakar, Ahmad Tea

Persediaan merupakan salah satu perkara paling penting dalam kerjaya saya. Perkara yang disaksikan penyokong pada hari perlawanan hanyalah sebahagian kecil daripada usaha sebenar.”
— Antoine Semenyo
HONG KONG, KOWLOON BAY, HONG KONG, August 3, 2026 /EINPresswire.com/ -- Hari ini, Ahmad Tea, jenama teh terkemuka dari England yang dinikmati di lebih 90 buah negara, telah menyempurnakan persediaan pramusim yang serba mantap bersama pemain penyerang Manchester City dan Ghana, Antoine Semenyo, menerusi satu sesi merasa teh bersama pakar. Acara eksklusif ini meraikan rutin, perincian dan daya pemikiran yang menjadi teras kepada prestasi tahap elit.

Acara yang diadakan di Kowloon Bay, Hong Kong ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Preparation is Everything’ ('Persediaan Adalah Segala-galanya') oleh Ahmad Tea, yang menekankan kepentingan aspek persediaan, konsistensi dan mutu ketukangan — nilai yang dikongsi oleh atlet berprestasi tinggi dan Pakar Teh Ahmad Tea.

Semasa acara tersebut berlangsung, Semenyo yang membesar di England berkongsi wawasan tentang latihan pramusim, persediaan mental serta impiannya untuk musim akan datang, sekali gus memberi tetamu gambaran unik tentang disiplin yang diperlukan untuk beraksi pada tahap tertinggi.

Para tetamu turut dijemput untuk merasai adunan teh hitam dan teh herba terkemuka Ahmad Tea menerusi sesi merasa teh bersama pakar yang dikendalikan oleh Penguji Rasa Teh Kanan, Dominic Marriott. Sesi ini menyingkap warisan dan kualiti yang telah membentuk identiti Ahmad Tea selama berdekad-dekad, sekali gus menunjukkan kepakaran menguji rasa dan mengadun teh yang memastikan setiap cawan teh mempunyai perisa dan kualiti yang unggul.

Antoine Semenyo berkata: “Persediaan merupakan salah satu perkara paling penting dalam kerjaya saya. Perkara yang disaksikan penyokong pada hari perlawanan hanyalah sebahagian kecil daripada usaha sebenar — segalanya bermula daripada rutin, disiplin dan daya pemikiran yang dibentuk lama sebelum sepak mula perlawanan. Menerusi latihan pramusim, saya sedang berusaha dengan gigih untuk mengembangkan dan memantapkan tabiat harian agar bersedia sepenuhnya untuk menghadapi musim mencabar yang bakal menjelang.”

Kempen ‘Preparation is Everything’ ('Persediaan Adalah Segala-galanya') oleh Ahmad Tea meraikan amalan rutin yang membantu seseorang mencapai prestasi terbaik, sama ada dalam sukan elit mahupun kehidupan seharian. Melalui persamaan yang dapat dilihat antara persediaan teliti di sebalik prestasi sukan bertaraf dunia dan kepakaran di sebalik setiap cawan Ahmad Tea, kempen ini memberi tumpuan kepada disiplin, kesabaran dan ketelitian yang menjadi penentu kejayaan. Bermula daripada pemilihan daun teh terbaik dari ladang terpilih sehinggalah proses pengadunan setiap teh dengan mahir, Ahmad Tea percaya bahawa hasil yang luar biasa bermula jauh sebelum hasil akhir — falsafah yang turut dikongsi oleh atlet yang melakukan persediaan menjelang pertandingan serta seni kemahiran Pakar Teh di sebalik setiap adunan teh.

Tracey Wakelin, Ketua Pemasaran Global Ahmad Tea, berkata:

“Satu penghormatan bagi kami dapat menyambut kehadiran Antoine di Hong Kong serta menghimpunkan pihak media dan rakan kongsi untuk meraikan nilai-nilai yang menjadi teras kempen ‘Preparation is Everything’ ('Persediaan Adalah Segala-galanya') kami. Sama ada dalam melakukan persediaan menghadapi musim bola sepak di tahap tertinggi atau menghasilkan secawan teh yang sempurna, usaha yang selalunya tidak kelihatan itulah yang membawa perbezaan terbesar — daripada pemilihan dan pengimbangan daun teh dari pelbagai tempat asal, sehinggalah memastikan setiap adunan dihasilkan dengan ketepatan dan dibru dengan penuh perhatian.”

- Tamat -

Perihal Ahmad Tea

Ahmad Tea ialah syarikat teh dari England yang pernah memenangi pelbagai anugerah, yang ditubuhkan di Hampshire, England. Syarikat milik dan kendalian keluarga ini menggabungkan kepakaran teh selama empat generasi dalam bidang teh dengan komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap kualiti.

Kini, produk Ahmad Tea dinikmati di lebih 90 buah negara di seluruh dunia, dengan lebih 30 juta cawan teh disajikan setiap hari. Syarikat ini memperoleh daun teh terbaik dari kawasan penanaman teh terkemuka di seluruh dunia dan mengekalkan piawaian pengujian rasa serta kawalan kualiti yang ketat demi memastikan setiap adunan memberikan pengalaman menikmati teh yang luar biasa.

Selain daripada teh, Ahmad Tea turut komited dalam mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia menerusi inisiatif amal dan kelestarian. Melalui inisiatif perintis Hand Picked Profit Shared, Ahmad Tea menggerakkan perubahan positif di wilayah sumber utama syarikat tersebut dengan berkongsi lebih banyak nilai yang dihasilkan daripada teh bersama para pemetik teh. Program ini menyediakan bayaran perkongsian keuntungan tambahan secara terus kepada para pekerja teh, sekali gus membantu merapatkan jurang gaji sara hidup serta menyokong kebebasan kewangan yang lebih kukuh, khususnya bagi wanita dalam komuniti penanaman teh. Pada tahun 2025, yang merupakan tahun kedua projek ini, lebih 12,000 wanita telah menerima bayaran bonus di India, Kenya dan Sri Lanka.

Di samping itu, syarikat ini turut membiayai sekolah, hospital, program bekalan air bersih serta projek bantuan kecemasan di berbilang negara dan kekal komited untuk menyokong komuniti yang berkait rapat dengan rantaian bekalan syarikat di peringkat global. Ahmad Tea juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi penanaman teh bagi menggalakkan amalan perolehan sumber yang bertanggungjawab serta menyokong kelestarian jangka panjang bagi komuniti penanaman teh.

Didorong oleh minat yang mendalam terhadap kualiti serta kepercayaan untuk menyatukan masyarakat, Ahmad Tea terus menghubungkan pelbagai budaya dan masyarakat di seluruh dunia menerusi kenikmatan bersama secawan teh yang istimewa.

Perihal Antoine Semenyo

Antoine Semenyo merupakan salah seorang bakat penyerang yang menyerlah dalam arena bola sepak dunia dan pemain antarabangsa Ghana yang kini beraksi untuk pasukan Manchester City di Liga Perdana Inggeris.

Dilahirkan di London dan mewakili Ghana di peringkat antarabangsa, kejayaan Semenyo dalam dunia bola sepak merupakan kisah ketabahan, daya tahan serta usaha berterusan untuk menambah baik diri. Setelah mencipta nama menerusi pelbagai peringkat dalam sistem bola sepak England sebelum berjaya mengukuhkan kedudukan di Liga Perdana Inggeris, beliau kini dikenali dengan kepantasan, kekuatan, etika kerja yang tinggi serta seorang pemain yang serba boleh.

Sejak melakukan penampilan sulung skuad senior bersama Ghana pada tahun 2022, Semenyo telah menjadi salah seorang pemain penting bagi pasukan Black Stars, mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa utama termasuk Piala Dunia FIFA dan Piala Negara-Negara Afrika. Beliau telah beraksi dalam lebih daripada 30 penampilan antarabangsa peringkat senior dan telah menjaringkan gol-gol penting untuk negaranya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang duta bola sepak terkemuka Ghana.

Berikutan prestasi cemerlang bersama AFC Bournemouth di Liga Perdana Inggeris, tempat beliau menjaringkan 30 gol liga dalam kira-kira 100 perlawanan serta mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang penyerang paling dinamik dalam divisyen tersebut, Semenyo akhirnya berhijrah ke Manchester City dalam perpindahan berprofil tinggi pada tahun 2026 dan juga dinobatkan dalam Pasukan Terbaik Sepanjang Musim Liga Perdana Inggeris.

Rob Hughes
Blueprintx
+44 7305 391435
rob@blueprintx.co.uk

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Malaysian Reporter

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.